Category Archives: TIPS PINJAMAN

Tips pinjaman perumahan untuk peniaga kecil/pekerja swasta

Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman pembeli rumah, kami mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri samada online/offline susah/gagal dalam mendapatkan pinjaman bank pembelian rumah walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.Tips ini juga boleh digunapakai bagi pekerja swasta yang mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan online/offline.

 

Di sini,kami cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.Tips ini hanyalah sekadar perkongsian kami sahaja dan mungkin para pembaca mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik,kami alu-alukan perkongsian dari tuan/puan.

 

1.Tubuhkan syarikat samada berstatus ‘entreprise’ atau sdn bhd,di atas nama sendiri,serta buka akaun semasa di bank.Masukkan segala pendapatan,dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa.Pastikan penama syarikat dan akaun adalah sama,ini kerana ramai yang telah berniaga beberapa tahun tapi menggunakan akaun simpanan isteri untuk memasukkan sumber pendapatan sedangkan syarikat di atas nama suami.

 

2. Buka akaun semasa atas nama sendiri,dan keluarkan gaji setiap bulan dari akaun semasa syarikat untuk membuktikan kita mempunyai pendapatan kepada pihak bank.Baki setiap bulan di dalam akaun semasa syarikat dan peribadi biarlah ada lebih sedikit dan jangan biarkan kosong.

 

3. Maintain proses ini sekurang-kurangnya 6 bulan – 12 bulan,banyakkan aktiviti keluar masuk duit biarpun duit yang keluar masuk itu adalah duit yang sama,tapi melalui penyata bank kita,jumlah transaksi yang terkumpul akan diambil kira.

 

4. Kebanyakan orang yang berniaga cuba mengelakkan dan tidak membayar cukai perniaagaan,tidak mempunyai borang EA oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),sekiranya anda mempunyai tunai yang cukup banyak dan tidak memerlukan pembiayaan/pinjaman bank,maka tidak apa namun jika anda ingin membuat pinjaman bank,maka kebanyakan anda akan menghadapi masalah.Pembayaran cukai adalah satu bentuk pembuktian pendapatan yang diisytiharkan kepada kerajaan,bank akan mempunyai keyakinan sekiranya anda merupakan seorang pembayar cukai dan sekaligus meningkatkan integriti anda di mata pihak bank.

 

5. Bagaimana jika anda sudah berniaga beberapa tahun,tapi tidak membayar cukai dan ingin membuat pinjaman perumahan dan menghadapi masalah?…anda boleh membayar cukai untuk beberapa tahun yang lepas tapi anda mungkin akan dikenakan sedikit denda dan penalti,pergi ke LHDN,dan bayar untuk 2-3 tahun yang lepas,mungkin jumlah nya banyak tapi anda akan mudah mendapat pinjaman.Hati-hati juga dan dapatkan pandangan dari akauntan bertauliah dalam hal ini,kerana LHDN juga mungkin akan menyiasat anda jika jumlah cukai yang tidak dibayar adalah banyak,isytiharkan hanya jumlah yang memadai untuk anda mendapatkan kelulusan pembiayaan bank.

 

6. Cuba sedaya upaya adakan simpanan mungkin dalam KWSP,Tabung Haji,ASB atau Deposit Tetap,di atas nama anda,bank mungkin memerlukan dokumen sokongan bahawa anda memiliki sumber kewangan yang kukuh dan simpanan yang berpadanan untuk menampung keperluan anda dalam tempoh yang tertentu sekiranya anda ditimpa masalah/musibah.

 

7. Akhir sekali, beli rumah pada usia yang muda, tempoh pinjaman boleh dipanjangkan dan bayaran bulanan boleh dikecilkan sekaligus syarat pinjaman juga tidak akan berapa ketat.Kebanyakan bank memerlukan penyata bank minima 6 bulan,jadi jaga akaun anda sekarang.Kredit: Nik Nasruddin

SUMBER

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!

 

 

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. 🙂 )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi? atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka saya ingin kongsikan info tersebut kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X 20% = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri.. RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

SUMBER